Thursday, December 3, 2009

senyum...

 ..kalo bosan nak baca sila blah ...
hah,ni wat entry senyum sket..
senyum ni ialah bila ekspresi wajah bila ada pergerakan kat bibir dan melibatkan mata juga ..biasanya senyum ni menampilkan kebahagiaan dan kesenangan hati..hoh,mcm la lu org taktau makne senyum kan?
YER,mmg ade yg tak reti senyum..contohnya,pekerja kat kaunter2 dah byk kali aku kene ..dan aku sound balik elok la tu muka masam patutla takde org dtg kat ko.kalo peniaga tak senyum,mesti kedai dia sah tak brapa laku..
kuasa senyuman mmg kuat.kerana senyuman si teruna boleh terpikat kat si dara..hati boleh bertaut..kerana senyuman kerja yg susah boleh menjadi senang kerana bantuan sekeliling..kerana senyuman jiwa kacau boleh tenang.kerana senyuman pekerja bawahan boleh tambat hati bos..

senyum yg ikhlas melibatkan  mata..tutup separuh muka kamu smpai mata dgn buku..cuba senyum di sebalik buku,perhatikan mata kamu di hadapan cermin,ada pergerakan bawah mata tak? kalo ada, itulah senyuman ikhlas.tapi ada org senyum dgn hati yg tak senang,perhatikan bahagian bawah mata langsung tiada pergerakan..inila contoh senyuman pekerja yg dah bosan melayan pelanggan,senyuman bila kene paksa buat kerja..senyuman bila tak dapat buang air besar dan cuba pujuk diri sendiri..senyuman sindiran juga barangkali..

dulu aku lokek dgn senyum.semua kata sombong.yer gigi aku tak cantik.aku malu nak senyum.sekarang aku belajar dari pengalaman..aku perhatikan sekeliling..dan mmg aku belajar sesuatu..senyumlah selalu...ada kebaikan dan kebahagiaan di sebalik senyum.

senyumla selagi boleh.kalo gigi tak cantik senyum tutup mulut pun takpe..senyum itu satu sedekah..senyum itu awet muda..senyum itu ada kebahagiaan..tapi awas jgn senyum tak tentu hala kang org kata gila!

See full size image